Sunday, 4 November 2012

PERIUK AJAIB NOXXA

Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa
  217019

AHLI: RM 579.00
BUKAN AHLI: RM 695.00

Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa – DVD Resipi
DVD ini mengandungi 10 resipi langkah demi langkah mengguna NEMPC. Ia terdapat dalam BM, B. Inggeris dan B. Cina. DVD ini akan membantu anda dan pelanggan anda cara mengguna Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa. Ia juga adalah alatan yang
berguna untuk membantu anda menjual NEMPCkepada pelanggan anda.
  • Pilihan Tekanan Tinggi & Rendah.
  • Pelbagai fungsi - Masak Perlahan, Mengukus, Menumis.
  • Memanas semula dan memastikan makanan sentiasa hangat.
  • Pelewat Masa sehingga 8 jam.
  • Periuk tidak melekat 8L.
Saiz periuk bahagian dalam
  • Diameter : 26.2cm
  • Height : 17.5cm


Panduan Pembersihan/Penyenggaraan:
Tanggalkan plag dan biar unit menyejuk sebelum membersihkannya.
Cuci periuk memasak yang boleh ditanggalkan dengan air suam bersabun. Bilas dan keringkan betul-betul.
Lap pendakap luar dan tudung dengan kain bersih. Jangan rendam dalam air.
Tanggalkan takungan pemeluwapan dengan menariknya ke bawah. Bersihkan dengan air suam bersabun. Bilas dan keringkan betul-betul. Letakkan semula dengan menolaknya ke atas.
Terbalikkan penutup, pegang gasket silikon di satu lagi bahagian dan tarik. Bersihkan gasket silikon dalam air suam bersabun. Bilas dan keringkan betul-betul. Letakkan semula gasket dengan menolaknya ke bawah ke dalam sisi penutup. Pastikan alur di bahagian tengah gasket diletakkan di sekeliling gegelang logam di bahagian dalam sisi penutup. Jika gasket tidak diletakkan dengan betul, unit tidak akan berfungsi.
Demi mengekalkan prestasi periuk anda yang baik, bahagian dasar periuk masak yang boleh ditanggalkan di bahagian pad sensor mesti dibersihkan setiap sekali selepas menggunanya. Lap dengan kain basah yang lembut dan pastikan ia dikeringkan dengan betul.
Jangan sesekali guna pembersih yang melelas atau pad penyental untuk membersihkan mana-mana bahagian.
PERHATIAN: Gasket silikon mestilah diletakkan dengan betul pada bahagian bawah penutup. Periksa secara berkala untuk memastikan ia bersih, fleksibel dan tidak retak atau terkoyak. Jika gasket silikon rosak, ganti ia sebelum mengguna periuk itu.


Membersihkan tombol pengawal tekanan:
Periksa bahawa tombol pengawal tekanan dan injap keselamatan tekanan adalah berfungsi dengan baik sebelum setiap kali menggunanya.
Selepas unit telah menyejuk, tanggalkan penutup.
Tekan ke bawah dan putar tombol pengawal tekanan berlawanan arah pusingan jam melepasi seting STEAM dan tanggalkan dengan berhati-hati.
Terbalikkan penutup dan letakkan di atas meja. Tarik keluar penutup penghalang. Dengan mengguna berus, periksa dan keluarkan sebarang makanan atau partikel asing yang mungkin terdapat dalam injap terapung. Letakkan semula penutup penghalang.
Letakkan semula tombol pengawal tekanan dengan melapisi takuk sehingga ke atas dinding bahagian dalam kebuk pengawal tekanan dalam penutup dan putar ke arah pusingan jam.
Waranti satu (1) tahun daripada kerosakan pengilangan. Sila maklum bahawa peralatan ini hanya untuk KEGUNAAN DI RUMAH sahaja.